Donnerstag, 29. Oktober 2009

Pasal "Amsterdam dalam bahasa Azerbaijan"

Disebabkan ramai yang bagi nasihat dan ade betul juga kalo ape2 terjadi nanti kan.
Jadi post "Amsterdam dalam bahasa Azerbaijan" telah dibuang dari entri blog 'Ingat aku x update ke??!!'
Sape-sape yang x sempat baca, tanya la sape-sape yang da bace.
Yanga da bace pulak, diam-diam je la ye.
Yang da save gambar tu, haa... baik buang.aku dapat tau IP masing-masing yang da save gambar tu. Aku dapat tangkap, abis haddiz korg aku belek. So simpan la benda pelik-pelik korg seblum aku selongkar.

moral: sape-sape yang nasihat aku tu, trima kasih harap diterima dgn ikhlas. amin.
Baca sampai habis >>

Montag, 26. Oktober 2009

Kalkulator jaman sekarang---heboh!

Sekarang ni da ade kalkulator terbaru keluaran Kasio. Kawan aku ade beli.

Beza dia x byk....cume kalkulator sekarang da ade bau sendiri. Tengok kwn aku tu, syok abes bau. Masuk ke stadi tu woi??


moral: multi-tasking memang susah. lagi-lagi bau sambil stadi...memang x masuk.
Baca sampai habis >>

"Sape pulak pos benda ni...?"

Lokasi: Depan bangunan Sachsen, Bayern.
Waktu: time mood tak baek.

Jangan tanye banyak, mesin basuh baju da telan 2 Euro aku camtu je. Nak telan pun, basuh la dulu baju aku tu. Ni tak, telan pastu tak gerak ape pun.
Tensen2, balik la aku ke bilik...
Sampai je bilik...

"Haram...sape pulak pos benda ni...?"

Tambah plak tensen berganda 2 kali. Jadi sekarang da tensen 3 kali ok. Btul ke aku kire??



moral:
berapa caj pos kereta ni? agak2 kalo bley x sumbat megi, nasi ayam dalam kereta  ni?? jangan bazir duit aku nk moralkan, tu je.
Baca sampai habis >>

Footballer kini student---panas beb!

Baru2 ni(bukan baru pn, da setahun lbih), aku boring dlm kelas. Ala, mcm jarang je aku boring dlm kelas...Tgh2 kelas da xle blah.Pikiran da melayang ke cafe ingat roti coklat je. Da xle blah sangat, aku pun ketuk meja dengan buku, gedegang bunyi dia pastu aku klua kelas.
Sampai kat cafe, terus la order roti coklat. Aku cari meja yang takde kerusi, aku pun bdiri sambil mkn. Sambil2 makan, ternampak Zinedine Zidane...aku ulang, Zinedine Zidane beb!!Aku amik gambar dia. Tak sangka plak da stop maen bola baru nak sambung belaja..Mungkin takde peluang kot. Sekarang da duit banyak, ko blaja la.

Zidane dengan laptop.(tgh buat solidwork).




moral: takde moral, cume jgn buang mase blog orang.

Baca sampai habis >>

Sonntag, 25. Oktober 2009

Berita pasal nasi

BAYERN, 25 Okt. - Seorang pelajar di Bayern, Jerman hari ini telah mendapati sesuatu yang baru dan jarang berlaku kepada sesiapa yang mengenali nasi sebagai makanan ruji di Asia. Ketika ditemui berkata, beliau agak pelik dan dalam masa yang sama terkejut dengan apa yang terjadi kepada nasi yang siap ditanaknya itu.
"Saya buka penutup periuk nasi itu dan nasi itu telah berubah rupa." Ketika melaporkan ke pihak TV3 melalui telefon, suaranya seakan-akan tersekat seperti melihat hantu. Beliau juga telah memuatnaik gambar nasi yang siap ditanaknya itu.


Bagi mereka yang tidak pernah menanak nasi, kemungkinan ini adalah sesuatu yang agak biasa bagi mereka kerana mereka sendiri tidak tahu bagaimana rupa nasi yang telah dimasak selain hanya tahu memakannya sahaja.
Diingatkan kepada yang mengandung atau lemah semangat supaya tidak melihat paparan seterusnya.
                                 

Nasi yang berbentuk hati (love) didapati di dalam periuk nasi beliau. Tidakkah pelik?
Kerana pelik melihat nasi yang ditanak, pelajar itu pun melihat semula kotak beras yang dibelinya itu. Setelah diteliti bahagian depan kotak itu, pelajar itu memeriksa semula bahagian belakang kotak itu dan telah ternyata membuat kesilapan kerana beras yang dibeli adalah keluaran baru pasaraya yang menjual roti Amerika, ALDI.



Pelajar itu menasihatkan kepada semua supaya berhati-hati dalam berbelanja dan menamatkan perbualan tergesa-gesa kerana kredit percuma Voipnye telah habis.


moral: mate kite da biase tgk, tp yg biase tu la kite selalu abaikan.
Baca sampai habis >>